*Never make our love upset with us.*

Saturday, April 14, 2012

Keluarga.

L.u.m.r.a.h K.e.h.i.d.u.p.a.n

Pernah tak anda terfikir siapa akan berada dengan kita bila kita susah?
adakah kawan kita? atau boyfriend/girlfriend yang kita sayang tu?
Orang yang akan sentiasa bersama kita semasa susah
adalah
keluarga kita sendiri.

Janganlah kita sesekali letak keluarga kita ditepi
semasa kita senang,mereka patut kita dahulu kan.
Kerana mereka tetap sokong kita walau macam mana pun diri kita ini,
walaupun kita susah,mereka tetap ada dengan kita.

Aku sangat sedih dengan zaman sekarang,
banyak sangat manusia mudah lupa akan keluarga mereka.
Sampai sanggup marah,tengking ibubapa/keluarga mereka
kerana
Cinta seorang manusia lemah yang tak semestinya lagi jodoh kita.


Aku bukan nak cerita pandai and belagak bagus.
Tapi aku taknak kita semua derhaka dengan ibubapa kita
yang telah menjaga kita sejak dari rahim ibu kita lagi.
Selama 9 bulan ibu kita membawa kita kemana sahaja tanpa rasa jemu,
bila dah lahirkan,mereka siap jaga dan beri makan lagi.
Masih tak cukup kah itu untuk buat semua orang sedar?

Mereka tidak mahu duit kamu balik untuk balasan selama
mereka menjaga kamu.
Tetapi mereka mahukan anak mereka jadi anak yang soleh/solehah
dan
anak yang mampu jaga mereka bila tua nanti ;)

Aku post sebab tak sanggup nak lihat banyak anak muda sanggup
buang keluarga mereka sendiri kerana cinta.
Tak sanggup aku lihat anak muda maki/tinggi suara/tengking dekat ibubapa mereka
kerana cinta.

Jagalah hubungan keluarga kita,siapa lagi nak menjaga kecuali kita sendiri.

No comments:

Post a Comment